Zeekr Malaysia telah mengumumkan harga terkini bagi model Zeekr 7X yang dilancarkan di Malaysia pada Ogos 2025, yang kini menyaksikan sedikit kenaikan secara keseluruhannya selepas tamatnya pengecualian cukai dan insentif kerajaan untuk EV hujung tahun lalu.
Harga terkini bagi barisan varian Zeekr 7X bermula tahun ini adalah seperti berikut:
- Zeekr 7X RWD Standard – RM182,800 (naik daripada RM179,800 ketika dilancarkan)
- Zeekr 7X RWD Long Range – RM193,800 (naik daripada RM190,800 ketika dilancarkan)
- Zeekr 7X AWD Performance – RM230,800 (naik daripada RM226,800 ketika dilancarkan)
Menurut Zeekr Malaysia, larasan harga ini hanya melibatkan kenaikan sebanyak 1.7% bagi varian Standard, 1.6% untuk Long Range dan 1.8% untuk Performance. “Ini mencerminkan komitmen syarikat terhadap pelanggan di Malaysia dan strategi jangka panjang jenama ini di sini,” jelas kenyataan yang dikeluarkan Zeekr.
Untuk perincian lanjut tentang Zeekr 7X ketika pelancarannya, baca di sini.
The post Harga Zeekr 7X 2026 di Malaysia dikemaskini — tiga varian dari RM183k hingga RM231k; naik hingga 1.8% appeared first on Paul Tan’s Automotive News.




























































