MINI Malaysia mengemas kini senarai harga bagi tahun 2026, dengan hanya satu perubahan ketara melibatkan model pemasangan tempatan (CKD) MINI Countryman S All4. SUV ini sebelumnya ditawarkan pada harga RM258,888 atas jalan tanpa insurans pada Februari tahun lalu, namun bagi 2026 harganya meningkat sebanyak RM2,000 kepada RM260,888.
Bagi pelanggan yang memilih pakej waranti lanjutan dan servis, harga baru yang ditetapkan ialah RM271,288. Ini juga menunjukkan peningkatan RM2,000 berbanding harga terdahulu iaitu RM269,288. Dari sudut peratusan, harga Countryman S All4 naik sebanyak 0.77 peratus, atau 0.74 peratus jika termasuk pakej selepas jualan lanjutan.
Selain daripada model tersebut, tiada perubahan harga melibatkan model lain dalam barisan MINI di Malaysia. Ini termasuk lima model elektrik yang ditawarkan ketika ini, iaitu Cooper SE, John Cooper Works E, Aceman SE, JCW Aceman E dan Countryman SE All4, yang semuanya kekal dengan harga sedia ada seperti yang dipaparkan dalam senarai harga rasmi MINI Malaysia.
The post Senarai harga MINI Malaysia 2026 – Countryman S All4 CKD naik RM2k menjadi RM261k; model lain kekal appeared first on Paul Tan’s Automotive News.
















