Tentu ramai yang tertanya-tanya, sejak dilancarkan pada 1 Disember tahun lalu, sehingga kini berapa banyak tempahan bagi Perodua Q-VE telah diterima? Perkara ini dijawab oleh presiden dan CEO Perodua Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad dalam satu wawancara beliau bersama Hezeri Samsuri dari Careta.

Menurut beliau Perodua telah menerima sebanyak 205 unit tempahan bagi Q-VE sehingga kini, manakala sejumlah 40 unit telah didaftarkan di mana kebanyakkannya adalah unit-unit untuk dipamerkan di bilik pameran dan unit-unit untuk pandu uji. Sebelum ini Perodua telah pun mengumumkan bahawa hanya lapan outlet jualannya yang menyediakan unit-unit untuk pandu uji.

“Secara dalamannya, kami memang ada sedikit masalah dari segi produksi QV-E ini. Sejak sekian lama kami telah terbiasa dengan standard kualiti yang tinggi, kami belajar dari Jepun. Dengan QV-E ini, kami dapati ada beberapa pembekal-pembekal baharu, termasuk dari China, yang tidak memenuhi standard kualiti kami,” kata Zainal.

Beliau turut memberitahu bahawa buat masa sekarang ada 30 orang kakitangan Perodua yang sedang memantau vendor-vendor di China ini agar mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan.

Perodua QV-E – 205 tempahan diterima, produksi tertangguh; vendor China tak tepati piawai kualiti

Berapa banyak komponen dan yang mana komponen dibekalkan dari China tidak pernah didedahkan oleh Perodua. Namun yang pasti QV-E digerakkan oleh bateri LFP 52.5 kWj yang dibekalkan oleh syarikat pengeluar bateri terbesar di dunia yang berasal dari China iaitu CATL. Syarikat ini membekalkan bateri-bateri EV kepada kebanyakkan jenama global, malah Proton eMas 5 juga menerima bekalan bateri dari CATL.

Ketika dilancarkan, Perodua ada menyebut bahawa ia mensasarkan untuk menjual sebanyak 500 unit QV-E sebulan. Jadi adakah ia masih relevan lagi sekarang?

“Secara jujurnya, ketika pelancarannya, memang kita tak boleh capai lagi angka produksi 500 unit tersebut, sebab kami rancang bulan Januari baru kita nak mula produksi penuh. Ia boleh dicapai berdasarkan pada perancangan awal kami, tapi kami buat keputusan untuk had kan kereta pandu uji kepada hanya lapan outlet kerana ini adalah EV pertama kami dan kereta pertama kami yang mempunyai banyak komponen krtitikal dari China, jadi kami tak yakin untuk jual lebih banyak walaupun ada permintaan yang lebih tinggi,” katanya.

The post Perodua QV-E – 205 tempahan diterima, produksi tertangguh; vendor China tak tepati piawai kualiti appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts