Dalam video wawancara bersama Hezeri Samsuri dari Careta, Presiden dan CEO Perodua Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad mengesahkan bahawa Perodua Bezza akan kekal dalam spesifikasi sedia ada sehingga 2030, dan tiada model baharu akan dilancarkan dalam masa terdekat.

“Saya jujur di sini, ini sebenarnya merupakan titik pencetus (untuk kami membangunkan BEV kami sendiri), kerana tiada model-model baharu untuk kami ganti model-model ICE (enjin pembakaran dalaman) kami yang sudah berusia. Sekarang kami dah lancarkan QV-E dan kami sedang membangunkan model kedua, dan mereka mula kembali kepada kami untuk membincangkan pembangunan Bezza dan Myvi baru,” kata Zainal.

“Mereka” yang dimaksudkan oleh Zainal berkemungkinan besar adalah rakan kongsi Perodua sejak ditubuhkan iaitu Daihatsu. Jenama Jepun itu seolah-olah ‘membeku’ sejak terpalit dengan skandal ujian keselamatan pada 2023. “Cumanya dah terlambatlah, jadi kami tak boleh nak buat sebelum 2030,” tambah beliau.

Perodua Bezza sah akan kekal tanpa kemaskini atau model baharu sehingga 2030 – Bos Besar Perodua

Buat masa sekarang Bezza masih bukan sahaja sedan paling laris, malah ia adalah kereta paling laris di Malaysia untuk tahun ketiga berturut-turut buat masa sekarang. Namun masuk tahun ini, usia model berkenaan sudahpun mencecah 10-tahun dalam produksi, manakala saingan terdekatnya iaitu Proton Saga telah mengorak langkah tahun lalu dengan memperkenalkan versi kemaskini MC3.

Model berkenaan dipadankan dengan unit rangkaian kuasa baharu yang lebih berkuasa, penggunaan bahan api yang lebih baik dari sebelum ini, tampil dengan perincian dan kelengkapan keselamatan yang jauh lebih canggih, tetapi dalam masa yang sama dijual pada harga yang hampir sama dengan Bezza. Baru-baru ini Proton telah mengumumkan bahawa tempahan Saga MC3 sudahpun mencapai 70,000 unit, jadi agaknya bagaimana Bezza hendak bertahan tanpa apa-apa kemaskini sehingga 2030 nanti?

The post Perodua Bezza sah akan kekal tanpa kemaskini atau model baharu sehingga 2030 – Bos Besar Perodua appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts