Anda sedang terperangkap dalam kesesakan trafik dari Ara Damansara dan Lapangan Terbang Subang menuju ke Plaza Tol Subang di Lebuhraya NKVE? Harap anda sempat lencongkan perjalanan anda dengan melalui jalan alternatif kerana PLUS mengumumkan semua lorong masuk ke plaza tol berkenaan dari arah Ara Damansara sedang ditutup.
Penutupan lorong berkenaan susulan kerja-kerja pembaikan saluran paip air oleh pihak Air Selangor di Persimpangan Subang dari Ara Damansara ke Plaza Tol Subang.
PLUS membuat hebahan tersebut pada jam 2.30 pagi tadi, namun setakat ini masih tiada sebarang kemaskini dari pihak konsesi NKVE ini. Jadi, jika boleh sila elak laluan berkenaan dan untuk pengetahuan anda kesesakan trafik sedang berlaku dari arah Lapangan Terbang Subang sehingga persimpangan ke plaza tol berkenaan.
Kemaskini jam 13:22 PM menerusi @PLUSTRAFIK di X: PLUS memaklumkan kerja pembaikan oleh pihak TNB di Persimpangan Subang dari Ara Damansara ke Plaza Tol Subang. Di mana laluan susur masuk di Ramp J ditutup. Untuk pengguna laluan berkenaan, anda diminta membuat pusingan U di persimpangan Menara Jam untuk ke Plaza Tol Subang. Kesesakan trafik dijangka berlaku di kawasan terlibat. Sila patuhi arahan papan tanda dan rancang perjalanan anda sewajarnya.
The post Semua lorong dari Ara Damansara ke Plaza Tol Subang di Lebuhraya NKVE sedang ditutup – PLUS appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















