Sempena dengan perayaan Thaipusam yang bakal disambut pada 1 Februari 2026, Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) bakal memberikan tambang percuma kepada para penumpang KTM Komuter Lembah Klang selama dua hari iaitu pada 31 Januari dan 1 Februari 2026.

Walau bagaimana pun, penumpang perlu mengakses pintu masuk dan keluar (ACG) untuk menikmati tambang tren KTM Komuter secara percuma menggunakan mod pembayaran tanpa tunai dengan mengimbas QT KITS Style Wallet, kad Touch ‘N Go, kad KomLink atau kad MyDebit/kredit dan menebus di kaunter fizikal atau kios tiket untuk perjalanan pada tarikh yang dinyatakan itu.

Selain itu, KTMB juga akan menyediakan perkhidmatan KTM Komuter 24 jam selama empat hari tiga malam yang akan bermula pada 30 Januari sehingga 2 Februari 2026.

Sebanyak 28 stesen akan terlibat dengan operasi 24 jam ini iaitu Batu Caves, Taman Wahyu, Kampung Batu, Batu Kentonmen, Sentul, Putra, Bank Negara, Kuala Lumpur, KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Kajang, Nilai, Seremban, Senawang, Sungai Gadut, Rembau dan Tampin/Pulau Sebang.

Ia juga melibatkan stesen Petaling, Kg Datuk Harun, Seri Setia, Subang Jaya, Batu Tiga, Shah Alam, Padang Jawa, Bukit Badak, Klang, Jalan Kastam dan Pelabuhan Klang.

The post Komuter Lembah Klang 24 jam sempena Thaipusam, 30 Jan-2 Feb – tambang percuma pada 31 Jan-1 Feb appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts