Ketika pelancaran BMW i5 CKD dan juga iX1 L semalam, BMW Malaysia turut mengumumkan bahawa ia kini menawarkan BMW 218 Gran Coupe dengan gril Iconic Glow yang bernyala kepada 150 unit model berkenaan secara percuma.

Model ini dijual pada harga bermula RM219,800 dengan waranti standard selama dua tahun, atau RM241,500 denga pakej lanjutan waranti dan servis selama lima tahun. Ya, harga berkenaan memang naik RM1,000 dari sebelum ini, namun ia adalah harga baharu BMW 218 Gran Coupe untuk 2026. Jadi sekiranya habis 150 unit dijual, unit selepas itu masih akan dijual pada harga yang sama tetapi hanya dilengkapi dengan gril hadapan biasa.

BMW 218 Gran Coupe generasi kedua dengan kod F74 ini mula dilancarkan pada pasaran Malaysia pada Jun tahun lalu, terus dalam versi pemasangan tempatan (CKD). Ia digerakkan oleh enjin petrol kitaran Miller tiga-silinder 1.5 liter turbo yang menghasilkan kuasa 156 hp dan tork maksima 230 Nm.

Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi Steptronic klac berkembar tujuh-kelajuan, membolehkan BMW kompak pacuan hadapan ini memecut dari 0-100 km/j dalam 8.6 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 230 km/j.

BMW 218 Gran Coupe ditawarkan gril Iconic Glow di Malaysia; tingkat taraf percuma untuk hanya 150 unit

The post BMW 218 Gran Coupe ditawarkan gril Iconic Glow di Malaysia; tingkat taraf percuma untuk hanya 150 unit appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts