Rapid Bus mengumumkan bahawa mulai 16 Januari ini, sebanyak 16 laluan bas perantara MRT dan tiga laluan bas Rapid KL standard (mewakili 7% daripada 291 laluan bas Rapid KL) akan ditukar sepenuhnya dengan perkhidmatan Rapid KL On-Demand, susulan jumlah penumpang harian yang rendah.
Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Ku Jamil Zakaria, “Penstrukturan semula ini dibuat berdasarkan dapatan Demand-Led Bus Network Study, iaitu kajian perancangan rangkaian bas berasaskan data penggunaan sebenar penumpang yang telah dilaksanakan sejak pertengahan tahun 2024.”
Akses perkhidmatan untuk pengguna sedia ada kekal terjamin kerana perubahan operasi ini disokong melalui perkhidmatan Rapid KL On-Demand, yang boleh ditempah menerusi aplikasi Rapid On-Demand yang boleh dimuat turun di Google Play dan Apple App Store. Laluan baharu tersebut adalah seperti di bawah:


The post Rapid KL On-Demand ambil alih beberapa laluan bas appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















