Bagi memudahkan urusan orang ramai yang memerlukan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan, Puspakom akan melanjutkan operasinya pada tiga hari Sabtu berturut-turut sepanjang bulan ini.
Lanjutan operasi tersebut dijadualkan untuk 10,17 dan 24 Januari 2026, yang melibatkan 25 cawangan terpilih di seluruh negara, yang dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Semua pelanggan perlu membuat tempahan temujanji secara dalam talian iaitu menerusi MyPuspakom sebelum pergi ke cawangan yang dipilih. Tiada kunjungan secara walk-in dibenarkan.
Di bawah ini adalah cawangan yang terlibat dengan waktu lanjutan operasi pada Sabtu:
-
Lembah Klang
- Wangsa Maju
- Cheras
- Shah Alam
- Padang Jawa
- Glenmarie
- Banting
- Bangi
- Pandan Mewah
- Batu Caves
-
Utara
- Alor Setar
- Sungai Petani
- Mak Mandin (Pulau Pinang)
- Teluk Kumbar
- Gopeng (Perak)
- Taiping
-
Selatan
- Seremban
- Alor Gajah (Melaka)
- Johor Bahru
- Pasir Gudang
- Senai
- Kluang
-
Pantai Timur
- Kuantan
- Kota Bharu
-
Malaysia Timur
- Kota Kinabalu
- Kota Samarahan
Namun difahamkan bahawa cawangan Banting tidak akan beroperasi pada 10 Januari. Manakala cawangan Alor Setar, Sungai Petani dan Seremban akan ditutup pada 17 Januari 2026.
The post Puspakom lanjut operasi pada tiga hari Sabtu bulan ini – 10,17 dan 24 Januari 2026; 25 cawangan terlibat appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















