PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan bahawa kerja-kerja pemasangan struktur gantri paparan iklan akan dilaksanakan di laluan antara Damansara dan Subang di KM16.33 (Kedua-dua arah), di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) pada 7 hingga 8 Januari 2026, mulai jam 10 malam sehingga 5 pagi.

Menurut info grafik yang dikongsikan, kerja-kerja pemasangan ini melibatkan lorong kecemasan dan lorong paling kiri untuk arah Subang dan dan tiga lorong paling kanan untuk arah ke Sungai Buloh.

“Sehubungan itu, kami menjangkakan akan berlakunya gangguan trafik yang minimum di lokasi semasa kerja-kerja dijalankan. Pengguna lebuh raya disarankan supaya merancang perjalanan mereka sepanjang tempoh tersebut. Mereka juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh petugas PLUS ketika melalui kawasan terbabit,” kata PLUS menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Anda boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Aplikasi PLUS, Pembantu Maya – PUTRI, aplikasi X@plustrafik atau Paparan Mesej Elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih. Atau menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000 sekiranya ingin mendapatkan bantuan jika berlaku kecemasan. Jangan lupa untuk terus mengamalkan pemanduan selamat.

The post Pemasangan struktur gantri paparan iklan dilaksana di KM16.33 di NKVE pada 7-8 Jan, 10 malam-5 pagi appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts