Untuk memberi laluan kepada Honda City Hatchback, Honda Jazz memang tidak lagi dijual di Malaysia, tetapi model kompak berkenaan masih lagi ditawarkan di pasaran lain. Enam tahun sudah berlalu sejak model generasi keempat Jazz didedahkan, dan Jazz masih menerima permintaan yang tinggi daripada peminatnya. Di China, kereta tersebut nampaknya akan memasuki facelift yang kedua di sana, yang dikenali dengan nama Honda Fit.

Imej terbaru model hatchback segmen B ini muncul di laman Autohome. Ia menerima wajah baru dengan rekaan lampu utama terpisah, bersama dengan DRL LED yang tirus bersambung ke bahagian grilnya. Terdapat juga bukaan udara di sudut bampar depan, dalam bentuk empat bukaan segi empat.

Di belakang, lampu bentuk trapezoid masih dikekalkan, tetapi dengan rekaan bampar yang lebih menonjol yang disertakan dengan bahagian ala diffuser. Sedikit pelik imejnya adalah kerana menggunakan rim besi dan penutup — mungkin ini model paling asas.

Honda Jazz 2026 bocor di China — imej lebih <em>sporty</em>, kemaskini kelengkapan; enjin 1.5L, CVT masih sama

Mujur, kemaskini lain yang dilakukan agak menarik. Menurut Autohome, Fit ini akan ditawarkan dengan kelengkapan skrin sentuh lebih besar bersaiz 10.1-inci dengan sokongan Apple CarPlay, Huawei HiCar dan Baidu CarLife — menggantikan unit lama dengan saiz lapan-inci.

Untuk mekanikal pula, tiada sebarang perubahan dilakukan. Fit untuk pasaran China ini datang dengan enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC empat-silinder dengan janaan 124 PS/145 Nm yang sama, yang diganding dengan CVT. Ada yang merindui model ini untuk ia kembali ke pasaran Malaysia?

Honda Jazz 2026 bocor di China — imej lebih <em>sporty</em>, kemaskini kelengkapan; enjin 1.5L, CVT masih sama
Honda Jazz 2026 bocor di China — imej lebih <em>sporty</em>, kemaskini kelengkapan; enjin 1.5L, CVT masih sama
Honda Jazz 2026 bocor di China — imej lebih <em>sporty</em>, kemaskini kelengkapan; enjin 1.5L, CVT masih sama

The post Honda Jazz 2026 bocor di China — imej lebih <em>sporty</em>, kemaskini kelengkapan; enjin 1.5L, CVT masih sama appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts