Rapid KL telah mengumumkan bahawa operasi stesen LRT Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga jam 1 pagi pada 27 Disember 2025.

Ia adalah sempena dengan acara mega pelancaran rasmi audio filem Jana Nayagan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil yang dijangka bakal dihadiri 85,000 pengunjung. Turut dianjurkan serentak Thalapathy Thiruvizha: A Tribute Concert yang akan menampilkan 30 penyanyi dan persembahan langsung oleh pengarah muzik Anirudh Ravichander yang dijangka akan dihadiri artis-artis terkenal dari India dan Malaysia.

Pengendali rel tersebut juga memakumlankan bahawa stesen-stesen sambungan juga turut dilanjutkan waktu operasi bagi membawa penumpang ke destinasi akhir. Walau bagaimana pun, para penumpang diingatkan untuk menggunakan kad Touch ‘n Go bagi memudahkan perjalanan. Sila pastikan baki tambah nilai di dalam kad berkenaan mencukupi.

The post Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan waktu operasi pada 27 Dis 2025 hingga 1 pagi sempena konsert Bollywood appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts