Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan bahawa bagi minggu bertarikh 18 hingga 24 Disember 2025, harga runcit petrol RON 97 diturunkan sebanyak tiga sen seliter menjadi RM3.24 seliter.
Untuk petrol RON 95 tanpa subsidi, ia pula diturunkan sebanyak dua sen seliter menjadi RM2.62 seliter. Walau bagaimana pun harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah Budi95 masih kekal pada RM1.99 seliter.
Begitu juga dengan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turut diturunkan sebanyak empat sen seliter menjadi RM3.02 seliter. Manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.
Pada 2 Disember lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan kekal komited melaksanakan mekanisme penyasaran subsidi petrol RON 95 menerusi program Budi Madani RON95 (Budi95), sekali gus menolak cadangan Bank Dunia supaya harga bahan api ditetapkan mengikut harga pasaran. Katanya, penyasaran subsidi RON 95 merupakan langkah berhemat yang membolehkan kerajaan menjimatkan perbelanjaan tanpa membebankan rakyat.
The post Harga minyak 18-24 Dis – semua turun; RON95 kini RM2.62; RON97 jadi RM3.24; diesel pada RM3.02 appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















