Penutupan lorong antara Bukit Mertajam-Perai ke Lebuhraya PLUS; 9-12 Dis, 10.30 malam-5.30 pagi

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan bahawa pihaknya akan melaksanakan penutupan lorong sepenuhnya di Line R dan Line S (CH 0.0 hingga CH 0.2) arah utara, dari Bukit Mertajam dan Perai di Pulau Pinang, iaitu laluan untuk ke Lebuhraya Utara-Selatan.

Penutupan ini akan dijalankan bermula malam ini (9 Dis) hingga 12 Disember 2025, setiap hari dari jam 10.30 malam hingga 5.30 pagi, bagi membolehkan kerja-kerja perobohan tiang lampu dijalankan dengan selamat menggunakan jentera khas.

“Sepanjang tempoh penutupan, pengguna yang terkesan boleh melalui laluan alternatif iaitu menggunakan jalan di kawasan Perusahaan Perai sebelum masuk semula ke Lebuhraya PLUS, atau melalui Bulatan Bukit Tengah dan seterusnya ke Bulatan Seberang Jaya untuk kembali memasuki lebuhraya.

“Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan supaya merancang perjalanan serta mematuhi semua papan tanda dan arahan keselamatan yang disediakan di lokasi kerja. Kerjasama dan keprihatinan semua pengguna amat dihargai,” kata PLUS.

The post Penutupan lorong antara Bukit Mertajam-Perai ke Lebuhraya PLUS; 9-12 Dis, 10.30 malam-5.30 pagi appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts