Bagi minggu bertarikh 27 November hingga 3 Disember 2025, Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan bahawa harga runcit petrol RON 97 diturunkan sebanyak dua sen seliter menjadi RM3.26 seliter.

Untuk petrol RON 95 tanpa subsidi, ia juga diturunkan sebanyak dua sen seliter menjadi RM2.63 seliter. Walau bagaimana pun harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah Budi95 masih kekal pada RM1.99 seliter.

Bagi harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia, ia juga diturunkan dua sen seliter kepada RM3.08 seliter. Namun harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

Pada 23 Sept lalu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberi jaminan bahawa harga subsidi petrol RON95 pada RM1.99 seliter di bawah program Budi95 akan dikekalkan dalam tempoh terdekat selepas pelaksanaannya. Walau bagaimana pun, katanya, kerajaan tidak menjamin harga tersebut akan kekal sepanjang masa kerana ia bergantung keadaan semasa.

The post Harga minyak 27 Nov-3 Dis – diesel di Semenanjung, RON97, RON95 tanpa subsidi diturunkan 2 sen seliter appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts