Berita baik untuk penunggang motosikal di sekitar Subang Bestari, Kampung Melayu Subang, Elmina dan kawasan sekitarnya. Pada 27 November 2025, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bakal menganjurkan program Jom Isi Minyak Motosikal Percuma. Ia akan berlangsung di Stesen Minyak Petronas Subang Bestari, Seksyen U5, Shah Alam mulai jam 11 pagi. Menurut MBSA, walau bagaimana pun, tawaran ini terhad untuk 300 buah motosikal terawal sahaja.
Menurut penganjuran sebelum ini, MBSA berkata, inisiatif ini adalah usaha berterusan membantu komuniti di dalam kawasan pentadbiran MBSA dan sebagai salah satu program kemasyarakatan untuk merapatkan hubungan perpaduan, ukhwah silaturahim dengan masyarakat.
Di mana mereka yang terpilih merupakan kumpulan sasaran seperti penghantar makanan, penjawat awam, pekerja industri, serta penuntut pusat pengajian tinggi di kawasan sekitar. Jangan lepaskan peluang ini jika anda berkelayakan dan berdekatan dengan lokasi yang dipilih ini.
The post MBSA belanja petrol RON 95 untuk 300 motosikal pada 27 Nov di Petronas Subang Bestari, bermula 11 pagi appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















