Terdapat beberapa jalan di sekitar Putrajaya ditutup sejak semalam (23 November 2025) untuk persiapan bagi menjayakan Program Rancakkan Madani atau Konvensyen Reformasi Perkhidmatan Awam Kebangsaan 2025 yang bakal berlangsung di Putrajaya pada 5 hingga 7 Disember ini.
Penutupan jalan yang melibatkan dua fasa itu dilaksanakan hingga 10 Disember. Di mana penutupan jalan fasa satu itu bermula sejak semalam sehingga 26 November ini, bermula jam 12 tengah malam melibatkan dua lorong di Persiaran Perdana. Jalan terbabit hanya dibuka satu lorong dari lampu isyarat dan penutupan laluan turut dilaksanakan di Jalan Kemerdekaan sehingga lampu isyarat Jalan Pembangunan.
Bagi fasa kedua pula membabitkan penutupan penuh Persiaran Perdana, bermula 27 November hingga 10 Disember ini, bermula 12.01 pagi hingga 12 tengah malam. Ia melibatkan penutupan penuh Jalan Persiaran Perdana bermula dari lampu isyarat Jalan Kemerdekaan sehingga lampu isyarat Jalan Pembangunan.
Justeru, semua pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati memandu, memperlahankan kenderaan di laluan terlibat dan mematuhi semua arahan petugas lalu lintas.
The post Beberapa jalan di Putrajaya ditutup hingga 10 Disember 2025 sempena Program Rancakkan Madani appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















