Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengesahkan perkhidmatan ETS3 untuk laluan Johor Bahru-KL Sentral akan beroperasi mulai 12 Disember 2025, laporan Bernama. Perasmiannya pula dijadualkan pada 11 Disember dan perkenan telah diperoleh daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Yang di-Pertuan Agong Malaysia, untuk merasmikan majlis pelancaran tersebut di ibu negeri Johor.

“Jika jaraknya terlalu jauh, seperti laluan ke utara, kami hanya boleh mengendalikan dua perjalanan sehari, satu perjalanan pergi dan satu perjalanan balik. Tetapi untuk perjalanan yang lebih pendek seperti Johor Bahru ke Kuala Lumpur, perkhidmatan boleh dijalankan dengan lebih kerap,” katanya pada sidang media pada hari Sabtu.

Laporan lain Bernama turut menyebut, KTMB berkata bahawa akan ada empat perjalanan harian antara KL Sentral dan JB Sentral pada peringkat permulaan, dan akan ditambah jumlah perjalanan harian apabila lebih banyak set tren baharu tiba.

“Setakat ini, empat daripada 10 set tren ETS3 telah melepasi Pemeriksaan Cermat Akhir (PCA), sijil juga sudah diperoleh dan sedia untuk beroperasi. Bagi perkhidmatan dari JB Sentral menuju ke utara, operasi akan diperkenalkan secara berperingkat, selaras dengan tahap kesiapsiagaan infrastruktur, keperluan penjadualan dan ketersediaan aset operasi,” katanya.

The post KTM ETS3 laluan Johor Bahru- KL Sentral beroperasi mulai 12 Dis 2025, empat perjalanan sehari – Loke appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts