Bagi minggu bertarikh 13 hingga 19 November 2025, Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan bahawa harga runcit petrol RON97 dinaikkan sebanyak lima sen menjadi RM3.25 seliter.

Manakala harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi juga dinaikkan sebanyak lima sen kepada RM2.65 seliter. Manakala harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah Budi95 kekal pada RM1.99 seliter.

Bagi harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia, ia juga dinaikkan sebanyak lima sen kepada RM3.07 seliter. Namun harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

Pada 23 Sept lalu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberi jaminan bahawa harga subsidi petrol RON95 pada RM1.99 seliter di bawah program Budi95 akan dikekalkan dalam tempoh terdekat selepas pelaksanaannya. Walau bagaimana pun, katanya, kerajaan tidak menjamin harga tersebut akan kekal sepanjang masa kerana ia bergantung keadaan semasa.

The post Harga minyak 13-19 Nov – RON97, RON95 tanpa subsidi, diesel di Semenanjung setiapnya naik 5 sen/L appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts