PLUS mengumumkan penutupan sementara bagi susur masuk Persimpangan Bangi (Ramp C) ke Plaza Tol Bangi dan susur keluar Persimpangan Bangi (Ramp D) ke Kajang mulai hari ini (10 November) hingga 28 November 2025, setiap hari dari jam 10 malam hingga 5 pagi.
Menurut PLUS, penutupan ini dilaksanakan bagi membolehkan kerja-kerja pemotongan pokok berisiko dijalankan dengan selamat di sepanjang laluan tersebut.
“Sepanjang tempoh ini, pengguna dinasihatkan untuk menggunakan jalan negeri ke Bangi dan Kajang sebagai laluan alternatif. Hanya satu susur akan ditutup pada satu masa bagi memastikan kelancaran trafik dan keselesaan pengguna.
“PLUS menasihatkan semua pengguna lebuh raya agar merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi papan tanda arahan yang disediakan di lokasi kerja,” kata PLUS menerusi kenyataan yang dikeluarkan.
The post PLUS tutup Persimpangan Bertingkat Bangi hingga 28 Nov untuk kerja pemotongan pokok, 10 malam-5 pagi appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















