Auto Car Expo (ACE) anjuran Paultan.org dan penaja bersama Carro dan Kärcher yang sedang rancak berlangsung di Setia City Convention Centre (SCCC) hari ini dan esok, jam 9 pagi hingga 7 malam, turut disertai oleh jenama kenderaan elektrik (EV) mewah, Zeekr. Diwakili oleh Carro, Zeekr mempamerkan MPV 009 dan SUV 7X menerusi ACE 2025 ini.

Menariknya, bagi setiap tempahan 009 dan 7X di ACE 2025, pembeli berpeluang mendapat wallbox berkapasiti 22 kW dan filem penapis haba secara percuma. Dan inilah masa yang paling tepat untuk membeli model ini sebelum pelepasan cukai EV berakhir tidak lama lagi.

Untuk pasaran Malaysia, Zeekr 7X, ia ditawarkan dalam tiga varian, bermula model asas RWD Standard Range dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM179,800, varian pertengahan RWD Long Range berharga RM190,800 dan varian spesifikasi penuh AWD Performance berharga RM226,800.

Zeekr 009 dan 7X dipamerkan di ACE 2025; dapat wallbox 22 kW, filem penapis haba percuma

Bagi kedua-dua varian RWD, 7X diberikan motor elektrik tunggal berkuasa 421 PS (310 kW) dan tork maksima 440 Nm bagi memacu roda belakang, membolehkan kedua-duanya memecut dari 0-100 km/j dalam masa 6 saat. Apa yang berbeza ialah bateri, di mana varian Standard diberikan bateri litium logam fosfat (LFP) berkapasiti 75 kWj untuk jarak gerak sejauh 480 km dalam kitaran ujian WLTP, manakala varian Long Range pula menerima bateri nikel kobalt mangan (NMC) dengan kapasiti 100 kWj membolehkan ia bergerak sejauh 615 km WLTP.

Manakala bagi varian AWD Performance, ia diberikan satu lagi motor elektrik untuk memacu roda hadapan, memberikan kebolehan pacuan semua roda dan kuasa keseluruhan 646 PS (475 kW) dan tork maksima 710 Nm, membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa 3.8 saat. Varian ini masih menggunakan bateri NMC 100 kWj yang memberikan jarak gerak 543 km WLTP.

Zeekr 009 dan 7X dipamerkan di ACE 2025; dapat wallbox 22 kW, filem penapis haba percuma

Untuk MPV Zeekr 009 pula, a hadir dengan tiga varian iaitu varian tujuh-tempat duduk Executive pada harga RM299,800, tujuh-tempat duduk Luxury pada RM350,000, dan enam-tempat duduk Ultra Luxury yang dipaparkan di sini yang berharga RM360,000.

Varian Executive diberikan satu motor elektrik hadapan dengan 340 PS/373 Nm, manakala dua varian lagi menggunakan dua motor elektrik yang menghasilkan gabungan 612 PS/693 Nm. Namun, kesemua varian menggunakan pek bateri NMC 116 kWj yang sama, menjadikan varian Executive sebagai “raja jarak” dengan keupayaan 604 km mengikut piawaian WLTP.

Manakala dua varian lebih tinggi masih menawarkan jarak 582 km iaitu hanya kurang 22 km dengan kuasa 80% lebih tinggi, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam hanya 4.5 saat. Kadar pengecasan maksimum ialah 11 kW (AC) dan 150 kW (DC), di mana pengecas DC mampu mencapai status pengecasan dari 10% ke 80% sekitar setengah jam.

Zeekr 009 dan 7X dipamerkan di ACE 2025; dapat wallbox 22 kW, filem penapis haba percuma

Bagi yang berkunjung ke ACE 2025, anda berpeluang menikmati pelbagai tawaran dan hadiah menarik daripada kami di paultan.org. 200 tempahan terawal akan menerima baucar bernilai RM2,500 untuk filem penapis haba, cucian serta aksesori kenderaan daripada V-Kool, Dodomat, Kuzig Glanz Detailing, The Carage dan Harman Kardon.

Selain itu, setiap tempahan yang telah disahkan melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah bagi memenangi hadiah utama berupa percutian yang ditanggung sepenuhnya untuk dua orang bernilai RM10,000. Turut tersedia hadiah daripada Kärcher untuk dimenangi. Ada juga barisan produk Kärcher yang bernilai lebih daripada RM30,000 untuk dimenangi oleh 20 pemenang.

Selain Zeekr, senarai jenama yang mengambil bahagian antaranya ialah BMW dan MINI (diwakili oleh Wheelcorp Premium), Audi, Volkswagen, Jetour, Jaecoo, Chery, Perodua, Hyundai, Ford, BYD, Proton, dan smart (diwakili oleh EON). Semua jenama ini turut menawarkan promosi terbaik mereka sepanjang acara berlangsung.

The post Zeekr 009 dan 7X dipamerkan di ACE 2025; dapat wallbox 22 kW, filem penapis haba percuma appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts