Polis Daerah Klang Utara memaklumkan bahawa terdapat beberapa jalan di sekitar Bukit Raja, Klang akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat mulai jam 10 malam pada 8 Nov ini (esok) hingga 8 pagi pada 9 Nov 2025. Ia adalah bagi kelancaran acara larian Klang Royal City Marathon 2025 yang dianjurkan pada 1 pagi Ahad ini di Bukit Raja Town Park.

Jalan yang terlibat ialah Persiaran Bandar Bukit Raja/Kus Bandar Bukit Raja, Jalan Sungai Puloh, Persiaran Batu Belah, Persiaran Sungai Keramat, Persiaran Astana, Jalan Astana dan Jalan Gamelan.

Selain itu, beberapa laluan di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) juga akan ditutup dan dilencongkan bermula dari Persimpangan Bandar Bukit Raja Selatan hingga Persimpangan Assam Jawa. Laluan terbabit ialah susur masuk ke WCE dari Lebuhraya Grand Sepadu, susur masuk ke WCE dari Jalan Meru, susur masuk ke WCE dari Persiaran Hamzah Alang, susur masuk ke WCE dari Lebuhraya LATAR dan susur masuk ke WCE dari Jalan Kuala Selangor.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihati menggunakan laluan alternatif bagi kelancaran perjalanan masing-masing dan juga acara larian tersebut. Sila patuhi arahan polis trafik dan petugas di sekitar lalun yang terlibat.

The post Lebuhraya WCE, beberapa jalan di Klang akan ditutup sempena Klang Royal City Marathon 2025, 8-9 Nov appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts