Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan perkhidmatan tren KTM Komuter laluan Batu Tiga dan Subang Jaya sedang tergendala berikutan gangguan bekalan elektrik disebabkan alat talian atas terbingkas pagi ini.
Sehubungan itu, katanya, empat tren yang melalui laluan berkenaan ditamatkan di tiga stesen iaitu di Stesen Batu Tiga, Stesen Shah Alam dan Stesen Padang Jawa. Walau bagaimana pun, tren Komuter dari Stesen Setia Jaya ke Stesen KL Sentral akan beroperasi mengikut jadual.
“Bas perantara disediakan di stesen-stesen terlibat untuk ke Stesen Subang Jaya. Penumpang dinasihatkan menggunakan pengangkutan alternatif untuk meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju. Sila rujuk kakitangan stesen untuk sebarang bantuan,” kata KTMB menerusi kenyataan yang dikeluarkan.
The post Perkhidmatan tren KTM Komuter laluan Batu Tiga dan Subang Jaya tergendala, bas perantara disediakan appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















