Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan bahawa bagi minggu bertarikh 23 hingga 29 Oktober 2025, harga runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak empat sen kepada paras RM3.14 seliter.
Untuk harga RON95 tanpa subsidi, ia masih dikekalkan pada RM2.60 seliter untuk sepanjang Oktober ini. Manakala di bawah program Budi95 yang dikuatkuasakan sejak 30 September lalu, RON95 masih ditetapkan pada harga RM1.99 seliter.
Bagi harga diesel pula, bagi pasaran Semenanjung Malaysia, ia turut diturunkan sebanyak empat sen seliter menjadi RM2.89 seliter. Manakala harga diesel di Sabah dan Sarawak masih kekal pada RM2.15 seliter.
Pada 23 Sept lalu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberi jaminan bahawa harga subsidi petrol RON95 pada RM1.99 seliter di bawah program Budi95 akan dikekalkan dalam tempoh terdekat selepas pelaksanaannya. Walau bagaimana pun, katanya, kerajaan tidak menjamin harga tersebut akan kekal sepanjang masa kerana ia bergantung keadaan semasa.
The post Harga minyak 23-29 Okt – RON97, diesel di semenanjung diturunkan masing-masing 4 sen seliter appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















