Menteri Pengangkutan Anthony Loke menegaskan bahawa penggunaan keretapi untuk mengangkut barangan perlu diperluaskan bagi mengurangkan jumlah lori di atas jalan raya, seterusnya dapat mengurangkan risiko kemalangan dan juga kesesakan.

“Saya menekankan dasar ‘Road to Rail’ mesti diperhebatkan dan hujah menggunakan lori ‘lebih murah’ mesti diperbetulkan,” katanya dalam satu hantaran Facebook yang dibuat petang tadi.

Menurutnya lagi kos menggunakan lori “lebih murah” adalah kerana ada yang menggunakan perkhidmatan tersebut dengan membawa lebih muatan dari yang dibenarkan.

“Setiap kali barangan diangkut melalui kereta api menggunakan 40 gerabak, 80 lori dapat dikurangkan di jalan raya kita, sekaligus mengurangkan risiko kemalangan dan juga kesesakan jalan raya,” tambahnya lagi.

Dalam hantaran yang sama Loke memberitahu bahawa beliau mempengerusikan mesyuarat bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Railway Assets Corporation (RAC) petang tadi berkenaan usaha mempertingkatkan penggunaan kereta api untuk mengangkut barangan tersebut.

The post Penggunaan keretapi untuk mengangkut barang perlu untuk kurangkan jumlah lori atas jalan – Loke appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts