Beberapa jalan utama dan lebuhraya di ibu negara akan ditutup secara berperingkat dari 26 hingga 28 Oktober sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47. The Kuala Lumpur Command and Control Centre (KLC3),memaklumkan bahawa penutupan jalan akan dibuat secara berkala, biasanya antara 30 hingga 45 minit bagi melancarkan pergerakan konvoi delegasi peringkat tinggi sepanjang tempoh sidang kemuncak terbabit laporan New Straits Times.
Lebuhraya utama yang terlibat ialah:
- Lebuhraya MEX
- Lebuhraya Utara-Selatan (dari Sungai Buloh ke Jalan Duta)
- Lebuhraya Elite (dari KLIA ke Putrajaya>
- Lebuhraya NKVE (dari Subang ke Jalan Duta)
- Lebuhraya Guthrie
- Lebuhraya KL-Seremban (dari Sungai Besi ke pusat bandar)
Menuju ke Kuala Lumpur, beberapa jalan utama di sekitar pusat bandar akan terlibat dengan penutupan sepanjang tempoh tersebut, dengan kawasan Segi Tiga Emas yang mengelilingi KLCC dijangka mengalami gangguan trafik yang paling ketara. Jalan-jalan utama dan laluan penghubung yang akan mengalami penutupan ialah:
- Jalan Ampang
- Jalan Sultan Ismail
- Jalan P. Ramlee
- Jalan Pinang
- Jalan Binjai
- Persiaran KLCC
- Jalan Bukit Bintang
- Jalan Imbi
- Jalan Perak
- Jalan Parlimen
- Jalan Damansara
- Jalan Istana
- Jalan Tun Razak
- Jalan Kuching
Persimpangan strategik yang dijangka terjejas ialah Jalan Ampang–Jalan P. Ramlee, Jalan Sultan Ismail–Jalan P. Ramlee, Jalan Perak–Jalan P. Ramlee, Jalan Perak–Jalan Pinang, Jalan Stonor–Jalan Kia Peng dan Jalan Stonor–Persiaran KLCC.
Orang ramai dinasihatkan untuk mengelakkan laluan ini dan menggunakan pengangkutan awam seperti MRT, LRT, Monorel dan bas sepanjang sidang kemuncak berlangsung. Selain itu, kenderaan berat juga tidak dibenarkan memasuki pusat bandar pada waktu puncak sidang kemuncak berkenaan.
Maklumat penutupan jalan akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan orang ramai boleh melayari portal rasmi ASEAN 2025 di www.myasean2025.my atau mengikuti laman Facebook rasmi, Aseanmy untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini.
The post ASEAN Summit 2025 – Beberapa jalan di KL ditutup; lencongan trafik di 6 lebuhraya, jalan utama, 26-28 Okt appeared first on Paul Tan’s Automotive News.