Bagi membendung kecelakaan jalan raya yang terus berlaku, kerajaan akan mengambil beberapa langkah antaranya untuk memastikan keadaan jalan dan persekitarannya bertambahan baik dan tidak lagi menjadi punca kemalangan.

Antara perkara yang akan dilakukan ialah dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM2.5 bilion untuk selenggara Jalan Persekutuan — termasuk bagi tujuan menurap jalan berlubang, memasang lampu jalan
di kawasan berisiko serta mengganti perabot jalan. 700 juta ringgit dikhaskan untuk kontraktor G1-G4.

Selain itu, RM5.6 bilion pemberian MARRIS juga akan diserahkan kepada kerajaan negeri untuk menyelenggara jalan negeri di seluruh negara. RM30 juta lagi diperuntukkan untuk memperkasa peranan Jurutera Daerah bagi mempercepat kera-kerja pembaikan kecil di daerah termasuk aduan rakyat melalui aplikasi MY Jalan.

Lembaga Lebuhraya Malaysia juga akan memasang 3,000 unit lampu LED di beberapa lokasi tumpuan lebuh raya yang berisiko terjadinya kemalangan.

Bagi membantu penguatkuasaan had laju, kerajaan juga mencadangkan agar kos pembelian alat pengehad kelajuan untuk kenderaan berat diberi Elaun Modal Dipercepatkan untuk dituntut dalam tempoh satu tahun.

Program Saringan Kesihatan PERKESO juga akan diperluas kepada pemandu pengangkutan awam dan barangan.

The post Belanjawan 2026: Peruntukan RM2.5 bilion selenggara jalan persekutuan, RM5.6 bilion untuk jalan negeri appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts