Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan bahawa sebahagian jalan di beberapa lokasi terpilih sekitar Kuala Lumpur ditutup sementara sejak 29 September lalu hingga 19 Oktober ini. Penutupan ini dilaksanakan bagi memberi laluan kepada kelancaran penganjuran Bazar Deepavali 2025.

Laluan yang terlibat ialah Jalan Bonus 6 di Jalan Masjid India Jalan Rakyat di Brickfields, Jalan Tun Sambanthan (hadapan Sentral Suites), Jalan Tun Sambanthan (hadapan Little India) di Brickfields dan Lorong Chan Ah Tong.

“Penutupan jalan ini adalah bagi memberi laluan kepada pengurusan dan kelancaran Bazar Deepavali 2025, sekali gus mewujudkan suasana perayaan yang meriah dan selamat kepada para pengunjung serta peniaga. Orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal, menggunakan laluan alternatif atau perkhidmatan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas,” kata DBKL menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

The post Lima jalan di sekitar KL ditutup sementara hingga 19 Okt sempena Bazar Deepavali 2025 – DBKL appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts