Selepas pelancaran rasmi Audi Q3 generasi ketiga pada Jun lalu, kini tiba giliran versi yang tampil dengan rekaan bumbung lebih sporty, iaitu Audi Q3 Sportback. Walaupun secara teknikal ini adalah generasi kedua bagi model Sportback, ia masih berkongsi platform dan penawaran trenkuasa yang sama seperti Q3 biasa, generasi ketiga.

Audi Q3 Sportback ditawarkan dengan pelbagai pilihan enjin petrol, diesel dan plug-in hybrid (PHEV), sama seperti Q3 biasa. Pilihan asas ialah enjin 1.5 liter TFSI hibrid ringkas yang menghasilkan 150 PS dan 250 Nm, dilengkapi teknologi nyahaktif silinder untuk penjimatan bahan api. Terdapat juga dua versi enjin 2.0 liter TFSI dengan kuasa 204 PS/350 Nm dan 265 PS/400 Nm, kedua-duanya disertakan dengan sistem pacuan semua roda Quattro.

Bagi varian diesel, Audi menawarkan enjin 2.0 liter TDI berkuasa 150 PS dan 360 Nm, manakala model paling canggih adalah versi PHEV (digelar e-hybrid) yang menggabungkan enjin 1.5 liter petrol (130 PS/250 Nm) dengan motor elektrik 115 PS/330 Nm. Gabungan ini menghasilkan kuasa keseluruhan 272 PS dan 400 Nm. Semua varian ini menggunakan transmisi klac berkembar S tronic tujuh kelajuan.

Audi Q3 Sportback 2025 didedah – versi bumbung lebih rendah, pilihan enjin petrol, diesel dan PHEV

Untuk varian plug-in hybrid, ia menggunakan bateri berkapasiti 25.7 kWh (bersih 19.7 kWh) yang boleh dicas dengan kadar sehingga 50 kW DC, membolehkan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 118 km – satu kilometer kurang berbanding Q3 biasa. Bateri diletakkan di bawah ruang but, menyebabkan kapasiti kargo sedikit terjejas – hanya 375 liter berbanding 488 liter untuk varian bukan hibrid.

Menariknya, Audi Q3 dan Q3 Sportback menawarkan kapasiti but yang sama apabila tempat duduk belakang tidak dilipat, meskipun bumbung Sportback 29 mm lebih rendah. Namun, jika tempat duduk belakang dilipat rata, Q3 biasa boleh memuatkan 1,386 liter, manakala Q3 Sportback hanya 1,289 liter. Ini juga bermaksud ruang kepala di belakang mungkin sedikit terhad dalam versi Sportback.

Dari segi rekaan luaran, Q3 Sportback banyak berkongsi gaya dengan Q3 biasa. Ia menampilkan gril Singleframe yang lebih lebar dan nipis, lampu siang digital dengan pencahayaan pecahan petak serta ruang bukaan udara tepi palsu yang turut menjadi tempat lampu utama. Di belakang, ia menerima bar lampu belakang penuh (namun tidak sama bagi semua varian), bampar dengan elemen ‘vent’ hiasan serta rekaan seperti diffuser.

Audi Q3 Sportback 2025 didedah – versi bumbung lebih rendah, pilihan enjin petrol, diesel dan PHEV
Audi Q3 Sportback 2025 didedah – versi bumbung lebih rendah, pilihan enjin petrol, diesel dan PHEV
Audi Q3 Sportback 2025 didedah – versi bumbung lebih rendah, pilihan enjin petrol, diesel dan PHEV

Sebagaimana Q3, versi Sportback turut boleh didatangkan dengan lampu utama LED matriks berteknologi mikro LED (mengandungi 25,600 diod individu), lampu belakang OLED boleh ubah, rim aloi dari saiz 17 hingga 20 inci, cermin sisi hadapan dengan penebat bunyi serta pilihan suspensi standard, sport atau adaptif dengan penyerap hentak dwi-injap.

Bahagian dalamnya juga menyerupai Q3, dengan paparan skrin lebar jenis melengkung yang digelar “digital stage“, terdiri daripada kluster instrumen 11.9 inci dan skrin sentuh tengah 12.8 inci. Tuil gear kini berada pada tuil sebelah kanan, manakala fungsi lampu, isyarat membelok dan pengelap cermin digabungkan pada tuil kiri – satu susun atur yang unik dan menarik untuk dicuba dari segi kemudahan penggunaannya.

Audi Q3 Sportback baru dijadualkan dilancarkan secara rasmi pada November ini, iaitu sebulan selepas pelancaran Q3. Harga permulaan diumumkan pada €46,450 (RM229,000), iaitu €1,850 RM9,100) lebih mahal berbanding versi Q3 biasa. Varian PHEV pula ditawarkan pada harga €51,150 (RM252,000) – mengekalkan jurang harga yang sama berbanding model SUV biasa.

GALERI: Audi Q3 Sportback 2025

GALERI: Audi Q3 Sportback e-hybrid PHEV 2025

The post Audi Q3 Sportback 2025 didedah – versi bumbung lebih rendah, pilihan enjin petrol, diesel dan PHEV appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts