Sempena dengan cuti perayaan Deepvali yang bakal disambut pada 20 Oktober ini, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menjangkakan sekitar 2.1 juta kenderaan akan bergerak menuju pelbagai destinasi dalam tempoh 17 hingga 22 Oktober 2025.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pihaknya akan menggerakkan lebih 500 pegawai dan anggota di seluruh negara bagi mengawasi situasi dan pergerakan di sepanjang lebuhraya dan jalan bandaran, laporan Bernama.
“Fokus operasi adalah untuk memastikan aliran trafik lancar terutamanya di lebuhraya, jalan bandaran dan jalan persekutuan selain lokasi tumpuan ramai seperti kawasan tumpuan pelancong. JSPT juga akan segera membantu pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemalangan bagi mengelakkan kesesakan,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga menunggu arahan lanjut daripada Kementerian Pengangkutan (MOT) berhubung larangan perjalanan kenderaan perdagangan di lebuhraya utama sepanjang cuti perayaan itu.
The post 2.1 juta kenderaan dijangka berada di lebuhraya, jalan bandaran antara 17-22 Okt 2025 sempena Deepavali appeared first on Paul Tan’s Automotive News.