Proton sumbang 8 enjin kepada beberapa institut latihan dan universiti untuk pembelajaran TVET
Proton hari ini memngumumkan bahawa ia telah menyumbang sebanyak lapan buah enjin kepada beberapa institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terpilih serta pusat pengajian tinggi di Malaysia. Antara institut dan universitu yang menerima enjin-enjin berkenaan adalah termasuk Institut Latihan Perindustrian (ILP) Marang di Terengganu, Kolej Vokasional Arau di Perlis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti DRB-HICOM dan Institut Proton (ADTEC) Melaka. Menurut Proton, unit enjin yang disumbangkan tersebut akan digunakan sebagai alat bantu mengajar bagi pelbagai aplikasi teknikal termasuk pemasangan dan pembukaan enjin, diagnostik, pengenalan kepada ECU, analisis komponen serta latihan penyelenggaraan praktikal. “Pendedahan kepada sistem automotif dunia sebenar ini membolehkan pelajar memahami dengan lebih mendalam kerumitan kejuruteraan kenderaan moden, sekali gus merapatkan jurang antara teori akademik dan amalan industri,” kata Proton dalam kenyataan yang dikeluarkan. Syarikat itu turut menyatakan bahawa inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusannya dalam memperkukuh ekosistem automotif negara di samping menyokong pembangunan graduan yang bersedia untuk industri menerusi pendedahan kepada pengetahuan teknikal dan praktikal sebenar. “Memainkan peranan aktif dalam pembangunan tenaga kerja mahir merupakan antara komitmen utama Proton dalam menyokong pertumbuhan industri automotif Malaysia. Ia adalah tanggungjawab yang dipikul syarikat sejak penubuhannya pada tahun 1983, dan kini menjadi … Continue reading Proton sumbang 8 enjin kepada beberapa institut latihan dan universiti untuk pembelajaran TVET
Copy and paste this URL into your WordPress site to embed
Copy and paste this code into your site to embed